Umum mengetahui selebriti media sosial Nur Sajat kini menetap di Australia. Sejak berada di bumi kangaroo itu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh Sajat.

Selain merencanakan tentang bisnes, Sajat turut berkongsi tentang perkembangan terkininya menerusi hantaran-hantaran di media sosial dan juga sesi siaran langsung di TikTok.

Bagaimanapun, Sajat sekali lagi mencuit perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping gambar menerusi kemas kini di Instagram baru-baru ini.

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)


Menerusi gambar-gambar berkenaan, Sajat dilihat menghabiskan masa hujung minggunya dengan bersiar-siar dan bergambar di sekitar Sydney, Australia.

Pada ruangan kapsyen, Sajat menulis: “Kehidupan adalah tentang membuat pilihan. Selalu buat pilihan terbaik dan tepat, dan selalu belajar daripada kesilapan,” tulisnya.

Bagaimanapun, lain pula situasi menerusi ruangan komen. Meninjau respons yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata memuji kecantikan Sajat.

Namun, ada juga yang mempertikaikan bahagian punggung Sajat yang didakwa kelihatan palsu.

“Sajat letak kain apa kat bont*t sampai tebal menebal,” tanya seorang netizen.

“Nampak sangat fakenya Jat… alahaii…” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun, terdapat juga komen yang menyelar tindakan netizen yang gemar mengecam hantaran-hantaran yang dikongsi oleh Sajat.

“Yang kecam still tengok post Sajat.. Kalau tak suka boleh je block... nampak sangat benci tapi sayang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis selepas menjalani beberapa dakwaan di mahkamah.

Ini termasuk tindakannya yang telah melarikan diri ke beberapa negara bagi tujuan untuk mendapatkan perlindungan dan lolos daripada pihak berkuasa.