,
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

Mya Amri
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.

Nampak anak terus menangis

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad KamaruzZaman menceritakan momen indah ketika bertemu anak-anaknya.
Kata Sajat, pada ketika itu dia tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat Syahmi dan Syaza berada di depan matanya.
“Anak terperanjat tengok saya. Semasa saya sergah, mereka tak sangka yang saya jumpa mereka.
“Mestilah sedih, masa saya pertama kali nampak mereka berdua, saya menangis. Saya tinggalkan mereka semasa umur mereka lima tahun, sekarang sudah sembilan tahun.

“Hanya tuhan sahaja tahu betapa gembiranya saya bila dapat tengok anak. Saya ini seorang ibu dan juga ayah yang menjaga dua orang anak.

“Saya ini memanglah jahil, saya ini memanglah teruk, tapi saya ada sifat kemanusiaan, saya ini ada sifat seorang ibu,” katanya.
@sajatperempuanfuh sajat akhirnya jumpa anak anak? #sajat #nursajat #sajatvideo #fyp #foryou #fypシ #fypシ゚viral ♬ Every moment of you - Piano Arrangement - Shin Giwon Piano

Imbas detik terakhir bersama anak

Dalam pada itu, Sajat juga mengimbas kembali detik terakhir bersama anak perempuannya sebelum mereka berpisah sebelum ini.

“Adik ingat tak masa kali terakhir umi cakap dengan adik? Umi kata ‘Adik, umi nak pergi dah ni’.

“Lepas itu adik nangis adik kata, ‘umi jangan pergi, umi jangan pergi.’ Pagi tu umi kejut adik dengan abang je. “Umi cakap ‘adik umi nak pergi jauh ni, adik jaga diri baik-baik tau,’” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

ARTIKEL BERKAITAN:Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku Cakap Korang Tak Nak Percaya, Dah Tilik Dah..”

ARTIKEL BERKAITAN:Berjurai Air Mata Sajat Dapat Dengar Suara Anak Di Telefon, Netizen Turut Tersentuh - "Faham Perasaan Rindu Anak Dia..."

ARTIKEL BERKAITAN:Kontroversi 'Hot Daddy', Sajat Anggap Memalukan Islam - "Kalau Aku Jijik, Jijik Lagi Yang Straight ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Sajat Hilang Kata-Kata, Menangis Dapat Kiriman Kain Batik & Baju Kurung Dari Ibunya

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG) pada Selasa, Sajat memaklumkan dirinya sudah bertemu dengan dua anak angkatnya.
Hantaran itu juga disertakan dengan foto Sajat sedang memeluk kedua anaknya sambil tersenyum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…”

gempak
19/10/2024
13:20 MYT
Usahawan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhataian apabila berkongsi jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Viral

Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

gempak
02/10/2024
21:55 MYT
Konflik rumah tangga Jofliam semakin rumit apabila pempengaruh dan usahawan mendedahkan dia sudah melafazkan taklik terhadap isterinya, Cik Epal.
Unitar