Hiburan
Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.
Gembira jumpa anak-anak
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan rasa gembira menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Hantaran itu juga disertakan dengan foto Sajat sedang memeluk kedua orang anak angkatnya sambil tersenyum.
“Finally… We be together again,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, setakat ini Sajat tidak memberikan sebarang info lanjut mengenai pertemuan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Pembida, Harga Rumah Sajat Diturunkan Lagi Dari RM4.68 Juta Menjadi …
ARTIKEL BERKAITAN:Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku Cakap Korang Tak Nak Percaya, Dah Tilik Dah..”
ARTIKEL BERKAITAN:Berjurai Air Mata Sajat Dapat Dengar Suara Anak Di Telefon, Netizen Turut Tersentuh - "Faham Perasaan Rindu Anak Dia..."
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sajat Ajar Isteri Kena Jaga Penampilan Ke Mahkamah, Barulah Girl Power! - "Tuan Hakim Tengok, Saya Dah Move On"
Sementara itu, di ruangan komen, rakan artis juga turut memberikan emoji berbentuk hati berwarna merah.
Antaranya Fasha Sandha, Diana Danielle, Adira Suhaimi dan Nabila Huda.
Selain selebriti, netizen juga turut mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat buat Sajat.
Sebelum ini, Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari 2021 kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun berjaya melarikan diri ke Thailand sebelum terbang ke Sydney, Australia dan menetap di sana pada Oktober pada tahun yang sama.
Must-Watch Video