Pengarah filem komedi seram Saka Nan Sepi, Razaisyam Rashid mendedahkan dia menghasilkan satu karakter khas buat pelakon Mimi Lana.

Kata Razaisyam, nama Rozi diberi berdasarkan nama penuh Mimi iaitu Mimi Rozaiana Zainal Abidin.

"Karakter yang ditulis khas untuk @missmimilana. Itu la sebab karakter tu Rozi. Hi Rozaiana!" tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

A post shared by razaisyam (@razaisyam)


Mimi memegang watak anak perempuan yang sentiasa dengan dunianya sendiri.

Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.

Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).

Selain Mimi, Saka Nan Sepi turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Namron, Sherry Alhadad, Han Zalini dan Ayie Hushairi Husa.

BACA: Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama

Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.