Penyampai radio ERA, Radin mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

Menurut Radin, dia mengalami sakit tekak namun mendapati keputusannya negatif selepas melakukan ujian RTK.

Bagaimanapun disebabkan rasa tidak sedap hati, Radin akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan ujian PCR.

“22.2.22- Orang lain punyalah teruja… Ada yang bernikah, bersanding, sambut hari jadi malah ramai juga rakan-rakan selebriti yang menimang cahaya mata @erniezakri @syamel_official & @kakaazraff .. Happy for you!!

“Tapi tarikh yang menduga buat saya setelah disahkan positif COVID-19 apabila selesai buat ujian RTK (Real-Time Kinematic).

“Simtom saya hanya sakit tekak bila bangun tidur kemudian terus buat saliva test, namun resultsnya negatif.

“Hati tak sedap, terus call @kai_kaklong & @muazmahmudm sebab nak buat swab test dan resultnya positif.

“Kini, badan baru nak rasa sengal-sengal sikit dan juk-juk. Please jaga diri korang!” tulisnya di Instagram.

A post shared by RAA (@radin_era)

Radin juga momohon maaf kepada mereka yang bertemu dan secara tidak langsung menjadi kontak rapat.

“Saya mohon maaf kepada individu-individu yang “close contact” dengan saya dan untuk urusan kerja boleh menghubungi pihak pengurusan @era.je atau pengurus saya @eddy.algojo . Doakan saya,” coretnya.

Selain Radin, antara selebriti lain yang turut dijangkiti adalah Wawa Zainal, Datuk Fizz Fairuz, Achey, Tomok, Nadya Syahera, Azira Shafinaz dan Nourul Depp.