Personaliti televisyen popular Ras Adiba Radzi berkongsi keadaan terkininya yang menderita sakit saraf tunjang yang semakin kronik.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, kata Ras, badannya akan rasa berbisa sakitnya walaupun hanya berkelip mata.
"Saya seorang yang punyai kesakitan saraf tunjang yang kronik, hinggakan sakit kepala kalau terhantuk di dinding pun saya seperti tidak rasa.
"Pasti anda tidak sangka saya begitu, kerna saya tampak ceria.
"Sakit saya pada tiap saat. Tika membuka atau menutup mata, membuka & menutup mulut, semuanya berbisa sakitnya.
"Duduk lama di kerusi roda saya sakit, gerak leher pun saya sakit," tulisnya bersama sekeping foto hitam putih.
Bagaimanapun tambah Ras, kesakitannya itu akan reda setiap kali diberi ubat penahan sakit atau sedang tidur.
"Segalanya sakit dan akan hanya berhenti tika saya diberi ubat penahan sakit atau tika saya sedang tidur.
"Namun saya tidak benarkan ianya mengawal hidup saya.
"Saya seorang atlet & saya lakukan pelbagai aktiviti & pekerjaan agar saya dapat alihkan perhatian saya daripada kesakitan saya.
"Saya gagahkan diri kerna saya percaya Allah punyai rancangan yang lebih besar untuk saya. Saya bersyukur, berterimakasih & akan terus cekal menghadapi keadaan saya ini," ujarnya penuh tabah.
Mengimbas kembali kejadian hitam yang menimpanya, Ras mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1995 hingga terlantar koma.
Pada tahun 2001 dia diserang sekumpulan lelaki di hadapan kediaman keluarganya hingga menyebabkan kecederaan serius.
Setahun kemudian, Ras terjatuh ketika mengambil barang di dalam almari rumahnya hingga menyebabkan dia lumpuh.
Amri Hassan
Tue Apr 23 2019


2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya

"Walau Usia Sudah Menjangkau, Semangat Kuda Masih Maintain" - Kembara Teruja Berkonsert 31 Julai Ini!
Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.

"Perempuan Boleh Buat Apa Saja Lelaki Boleh" - Jack Neo Sambung Sekuel Ah Girls Go Army
Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girl Go Army Again (AGGA) menerima sambutan yang baik di tanah airnya dan juga di Malaysia.

“Cinta Kita Seluas Pemandangan, Jom Sayang Teruskan Perjalanan” - The House Kamal Uqasha Tiba Di Episod Akhir!
Kembara bulan madu tiba di penghujung.

Gempak Drama - The Maid - Musim 1

Drama Semakin Menjadi-Jadi, Kisah Lelaki 4 Isteri Diteruskan Lagi Dalam The Maid Musim Kedua!
Wah The Maid musim ke-2!

“Aku Udah Gak Sama Sarah Lagi…” – Tegar Septian Umum Bercerai
Banyak pulak kes cerai dalam kalangan selebriti