Pelanggan Astro boleh menyaksikan ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ secara langsung pada 6 Februari, bermula 8 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 9 malam menerusi TV di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO.
Para pelanggan juga boleh strim anugerah pada bila-bila masa menerusi On Demand, selepas tayangan perdana.
GRAMMY, antara anugerah muzik terbesar, akan dihoskan oleh pengacara TV dan pelawak Trevor Noah, di Crypto.com Arena, Los Angeles.
Peminat boleh menantikan persembahan hebat daripada calon-calon anugerah GRAMMY dan ikon industri termasuk Harry Styles, Bad Bunny, Lizzo, Sam Smith, Mary J. Blige, Kim Petras, Luke Combs, Steve Lacy, Brandi Carlile dan ramai lagi.
Calon-calon ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ terdiri daripada ikon-ikon bersejarah dengan kedudukan carta muzik teratas seperti Beyoncé (9 pencalonan); Adele (7 pencalonan); ABBA (4 pencalonan); BTS (3 pencalonan); Machine Gun Kelly (1 pencalonan) dan lebih lagi.
Peminat boleh menikmati ramalan pemenang untuk 91 anugerah dengan kategori-kategori baharu termasuk ‘Songwriter of the Year, Non-Classical’; ‘Best Alternative Music Performance’; ‘Best Americana Performance’; ‘Best Score Soundtrack for Video Games and Other Interactive Media’; and ‘Best Spoken Word Poetry Album’.
Sebagai tambahan, ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ akan memberi penghormatan kepada sebahagian daripada komuniti kreatif yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun ini.
Segmen 'In Memoriam' akan menampilkan barisan bintang terhebat termasuk Kacey Musgraves mempersembahkan "Coal Miner’s Daughter", tanda penghormatan kepada Loretta Lynn; manakala Sheryl Crow, Mick Fleetwood dan Bonnie Raitt memberi penghormatan kepada Christine McVie dengan "Songbird"; dan Maverick City Music menyertai Quavo dengan lagu "Without You” untuk mengingati kehidupan dan legasi Takeoff.
Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.
Amri Hassan
Fri Feb 03 2023


Amelia Henderson Tetap Dengan Prinsip Diri Jika Masuk Miss Universe - "Kalau Pakai Bikini, Saya...."
Jom sokong Amelia

Tiada Sempadan Lontaran Suara! Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus Reunion Dalam Pekik
Best!

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran Penyondol
Siapa penyondol itu?

Filem Gold Angkat Kisah Kejayaan Jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou!
Filem berdasarkan kisah benar

"Kami Dah Get Back Together"- Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali
Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali

Masih Adakah Cinta? Ini #Throwback Momen Manis Farid Kamil & Diana Danielle
Mereka pernah jadi pasangan yang sweet

Selepas 14 Hari Jemaah Malaysia Hilang, Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia – “Mohon Jangan Tanya Tentang…”
Anak Sahkan Bapa Ditemui Meningga Dunia

Mat Dan Gembira Dikurniakan Anak Perempuan Kali Pertama
Wah Mat Dan dapat baby girl!

Netizen Terpegun Tengok Pinggang Che Ta Kekal Ramping - “Dia Macam Tak Tahu Nak Beza Leher Atau…”
Che Ta tetap maintain cantik!

“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti
Kacak-kacak team member Unknown