Astro dan HISTORY Channel memberi tribute kepada mendiang Kenny Rogers, seorang bintang kelahiran Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu hits seperti Gambler dan Lady.

Biografi berdurasi dua jam ini memaparkan pelbagai kisah antaranya berita kematian Kenny yang mengejutkan para peminatnya.

Ia juga menampilkan kisah zaman kanak-kanak pengasas bersama restoran francais Kenny Roger's Roasters ini.

Selain itu, perjalanan karier Kenny dalam mengetengahkan genre muzik 'country' turut diceritakan dengan terperinci.



Antara babak istimewa yang turut ditampilkan adalah momen istimewa di sebalik tabir konsert perpisahan, All In For The Gambler di Nashville, California pada tahun 2017.

HISTORY Remembers : Kenny Rogers juga akan menampilkan bintang seperti Dolly Parton, Chris Stapleton, Reba McEntire, Little Big Town, Lady Antebellum, Jamey Johnson, Lionel Richie dan ramai lagi yang akan berbicara mengenai ikon muzik 'country' itu.

Dokumentari istemewa ini akan ditayangkan pada 29 Mac jam 8.10 malam di HISTORY Channel (saluran 575). Ia juga boleh ditonton di Astro Go dan On Demand.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!