Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Salah Baca Kad Pengenalan Konon...”- Kena Godam, Lisdawati Beri Pesanan Supaya...

Syafiqah Jalal
19/01/2020 05:59 MYT
Pelakon Lisdawati mendedahkan dia hampir digodam oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Menceritakan pengalaman digodam, Lisdawati bernasib baik kerana menyedarinya lebih awal.

“Pagi tadi kena scammed, nasib baik dia salah baca nombor kad pengenalan. Konon dia dari Balai Polis Jenayah

”Bila sergah baru dia rasa kena scammed diri sendiri,” tulisnya.

Lisdawati berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Justeru, isteri kepada Fauzi Nawawi itu berpesan kepada semua lebih berhati-hati.

”Hati-hati semua zaman sekarang ramai orang tak takut buat dosa walaupun .....

”Semoga kita semua dan seluruh ahli keluarga kita dijauhkan dari orang-orang munafik,” katanya lagi.

Dalam entri yang sama Lisdawati turut memuat naik foto suaminya dan akui sedang merindui.

Sekadar info, Lisdawati dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.

#pelakon #Pelakon #Lisdawati #Digodam #Scammed
;