Penyanyi dan pengacara, Farah Anuar bersyukur kerana akhirnya dia dan anak-anak berjaya menamatkan misi kuarantin Covid-19 pada 12 Julai lalu.

Farah yang merupakan bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu meminta agar semua mendoakan kesembuhan seluruh ahli keluarganya.

“Memori kami… Alhamdulillah tamat sudah misi kuarantin kami anak beranak.

“Doakan kami,doakan kita semua,doakan dunia cepat sembuh hendaknya Amin. Terima kasih para petugas Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” katanya.

Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Farah memuat naik fotonya bersama anak-anak termasuk bayi berusia 9 bulan memakai gelang kuarantin atau gelang ‘pink’.

Mengimbau kembali detik ketika mendapat tahu salah seorang ahli keluarga mereka positif Covid-19, Farah memberitahu dia bertindak pantas untuk melakukan ujian calitan terhadap anak-anaknya.

“Bila dapat tahu salah seorang dari family member positive Covid-19, perkara pertama terlintas di fikiran of course lah anak-anak. Yang penting nak kena buat swab test untuk tahu keputusan dengan kadar segera.

“Maka drama pun bermula. Mummy pun terpaksa buka langkah,tunjuk kepakaran silat depan anak-anak.,” ceritanya.

Farah bersyukur kerana kedua-dua kali keputusan ujian tersebut mendapati dia dan anak-anak negatif.

“Alhamdulillah 2 kali swab, semuanya negatif. Farah nak ambik kesempatan ini juga utk berterima kasih kepada semua frontliners. Semoga ada hikmah buat kita semua,” beritahunya.

Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar)