Viral

Salahkah Mira Filzah Pakai Sari? Pensyarah Fesyen Ulas Isu Cultural Appropriation

gempak
Amri Hassan
21/08/2020
23:40 MYT
Sponsor Banner
Salahkah Mira Filzah Pakai Sari? Pensyarah Fesyen Ulas Isu Cultural Appropriation
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam, Faizal Hamid tampil mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan susulan pemakaian sari oleh aktres cantik Mira Filzah.
Kata Faizal, terma ‘appropriation’ mahupun ‘homage’ dan ‘re-interpretation’ ini sememangnya merupakan terma yang dipopularkan pada zaman milenial, malah dijadikan pula trend masa kini.
Ia dipopularkan oleh masyarakat Barat terutamanya di Amerika Syarikat yang sememangnya sensitif apabila menyentuh cara pemakaian mirip komuniti berkulit gelap di sana.
"Selama 15 tahun yang lalu, media massa dan media internet telah berkembang dengan cukup pantas untuk kita didedahkan kepada pelbagai perkara terutamanya dalam sektor kreatif.
"Tak kiralah dalam dunia fesyen, muzik, seni, seni bina dan sebagainya, pencipta rekaan pastinya pernah menjadikan budaya sebagai satu bentuk sampling atau terma popularnya, ‘appropriation’ mengikut intepretasi sendiri.
"So we cannot help but to put our personal stamp on it. Walaupun seolah-olah kita mengambil elemen budaya sesebuah masyarakat seperti pemakaian, selagi kita menghormati dan tidak melanggar norma serta sosio budaya masyarakat (seperti mencerca budaya sesebuah masyarakat), saya rasa tiada salahnya.
“Selagi ia diintepretasikan dengan penuh hormat dan tertib, imaginasi kreatif dengan menggunakan elemen kebudayaan sebagai inspirasi adalah merupakan satu bentuk penghormatan serta penghargaan terhadap budaya dan warisan tersebut, InsyaAllah,” jelas memetik laporan Remaja.
Tular baru-baru ini di media sosial Twitter apabila seorang pengguna menyentuh topik terbabit dan menganggap Mira mengeksploitasi budaya masyarakat India dan mengaut untung daripadanya.
Justeru, Mira memohon maaf secara terbuka seandainya tindakannya memakai satu dianggap salah oleh pihak-pihak tertentu.
Baca: Dakwaan Eksploitasi Pakaian Masyarakat India Demi Untung, Mira Filzah Mohon Maaf!
Baca: Baca: “Kalau I Buat Tema Bollywood Untuk Wedding, Ada Yang Mengamuk Tak? Takut…” -Ernie Zakri
Baca: “Pakai Je Apapun..Asalkan Jangan Bogel” - Nourul Depp Komen Isu Pakai Baju Tradisi Bangsa
Baca: [FOTO] Cantiknya Selebriti Malaysia Menggayakan Busana Tradisional Masyarakat India!
Baca: Comelnya! Lihat Bagaimana Kontroversi Ini Akhirnya Menjadikan Rakyat Malaysia Kembali Bersatu!
Sumber: Remaja
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024