Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Salahkah Muslim Biarkan Dirinya Gemuk?

Gempak
06/06/2024 16:48 MYT
Apabila laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia atau kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan, ia wajar untuk dibimbangi.

Gemuk tidak digalakkan dalam Islam?


Bukan apa, banyak risiko menanti apabila badan ‘naik’ atau gemuk disebabkan tidak menjaga pemakanan atau perkara lain. Bukan sahaja masalah dari segi faktor kesihatan, tetapi bab ibadah turut terpalit sama.

Ini kerana menurut pandangan Sheikh Abu Sulaiman Ad-Darani, terdapat enam ‘penyakit’ yang bakal dihadapi apabila seseorang terlalu kenyang antaranya hilang kemanisan beribadah, malas beribadah dan sukar menghafal.

Bahkan, gemuk juga sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam.

Ia sebagaimana dijelaskan dalam sepotong hadis diriwayatkan daripada Imran bin Hussain RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Generasi terbaik ialah generasi pada zamanku, kemudian zaman setelahnya, kemudian generasi setelahnya.

“Sesungguhnya pada masa yang akan datang, ada kaum yang khianat dan tidak boleh dipercaya, mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiannya, bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan zahir pada tubuh mereka kegemukan.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle, nas itu merupakan hadis sahih yang mana sifat gemuk tidak digalakkan dalam Islam kerana lazimnya ia membawa kepada sikap malas untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

“Apatah lagi sifat gemuk ini kebiasaannya akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

“Pendek kata, lebih banyak mudarat menjadi gemuk daripada manfaat. Justeru, berusahalah mengawal nafsu makan.


“Sebaliknya banyakkan berzikir untuk hidup di bawah tekanan, berusaha tingkatkan iman agar hati lebih tenang, di samping banyak berpuasa, bersedekah dan memberi fakir miskin makan agar diri lebih qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), tidak tamak, malas, rakus dan haloba.

“Maka, membiarkan diri gemuk adalah salah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran yang pernah dikongsikannya di laman sosial Facebook.

BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun

BERITA TRENDING: Doktor Ini Dedah Kenapa Kaum Hawa Lebih Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

Maksud gemuk


Fakta sama turut dikemukakan oleh pendakwah yang juga Pensyarah di Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Kamil Jamilin atau lebih dikenali sebagai Dr Kamilin Jamilin.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya, Islam sememangnya menuntut umatnya sentiasa sihat dan kuat supaya kudrat tersebut dapat disumbangkan ke arah kekuatan iman.

Maksud ‘gemuk’ dalam hadis Dalam mafhum hadis berkenaan yang mengkhabarkan antara ciri-ciri manusia selepas kurun-kurun terawal yang mulia adalah banyaknya berlaku kegemukan, ungkapnya.

BERITA TRENDING: "Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua

BERITA TRENDING: Dakwa Wanita Gemuk Berbau Busuk, Lelaki Mulut Lancang Ini Dikecam Netizen


BERITA TRENDING: Fasha Sandha Menangis Serba Salah Nak Makan Biskut Cicah Milo - "Penerbit Pernah Tegur Saya 'Chubby', Kena Turunkan Berat Badan Tinggal 60kg"


Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah bermaksud hanya disebabkan seseorang itu terlebih Indeks Jisim Tubuh (BMI) menyebabkan dirinya terus dianggap sebagai tercela.

“Apa yang dimaksudkan ialah mereka yang sengaja mencari asbab menggemukkan diri dan gembira dengan obesiti yang dicapai.

“Bahkan dalam suatu athar yang dinisbahkan kepada Umar bin Al-Khattab RA tatkala terlihat seorang lelaki yang boroi, beliau menegurnya ‘Apa ini?’, lelaki itu menjawab ‘Ini berkat daripada ALLAH’, lalu Umar pun membalasnya ‘Bahkan ini azab!’,” terangnya.

Andai kegemukan atau boroi yang berlaku disebabkan proses semula jadi di luar kawalan manusia seperti mempunyai masalah kesihatan atau usia tua yang menyebabkan metabolisme badan menjadi rendah, sekali gus memperlahankan pembakaran kalori dan lemak, jelas Kamilin, ia tidaklah tercela.

“Bahkan Nabi Muhammad SAW tatkala dimamah usia, tubuhnya semakin berisi sehingga memberi kesan terhadap pergerakan solat Baginda SAW sebagaimana yang disebut oleh Aisyah RA dalam hadis riwayat Imam Muslim dan Um Qays (riwayat Imam Abu Daud).

“Justeru, kejarlah apa yang memberi manfaat pada diri kita baik untuk urusan dunia mahupun akhirat, pohonlah bantuan ALLAH dan janganlah melemahkan diri kita sendiri dengan pemikiran negatif.

“Paling penting, saiz badan kita tidak memperlahankan kita daripada mencapai kekuatan atau kecergasan yang dimaksudkan dalam hadis di atas kerana kekuatan iman dan fizikal perlulah seiring,” ungkapnya.


Sementara itu, memetik artikel yang disiarkan menerusi laman web Maktabah Albakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, gemuk yang disebutkan dalam hadis atau perkataan ulama sebenarnya bukanlah bermaksud gemuk yang asal dari ciptaan ALLAH SWT.

“Sebaliknya, ia adalah gemuk yang disebabkan oleh kelalaian, keterlampauan dalam makanan dan minuman serta budaya yang membawa kepada gemuk, selain lanjutan kepada kemalasan dan sifat yang negatif,” katanya.

Beliau kemudian mengemukakan pandangan dinukilkan oleh Mulla Ali Al-Qari dalam Jam’u al-Wasail fi Syarhj al-Syamail yang menyatakan:

“Riwayat yang menunjukkan bahawa ALLAH membenci orang gemuk, difahami jika gemuk ini terjadi disebabkan kelalaian, terlalu banyak menikmati kenikmatan lahiriah sebagaimana yang ditunjukkan dalam riwayat tentang kebencian bagi orang gemuk.”

Sumber: SINAR HARIAN

#Gemuk #Muslim
;