Aktres jelita Siti Saleha mendedahkan dia dan aktor Shukri Yahaya sepakat untuk mengurangkan babak bersentuhan dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Kata Saleha, walaupun banyak adegan romantik namun mereka berjaya melakukan dengan fokus kepada dialog.
"Saya dan Shukri dah lama bekerja bersama sejak awal tahun 2014 dan kami memang berkawan. Sebenarnya nak habiskan penggambaran drama ini penuh cabaran terutamanya adegan romantik yang banyak sangat.
"Jadi saya banyak berbincang dengan Shukri dan pengarah supaya mengurangkan babak bersentuhan kalau boleh.
"Alhamdulillah ia menjadi hanya dialog sahaja sudah memadai . Saya sangat bersyukur sebab Shukri sangat memahami dan saling memberi untuk menjayakan setiap babak," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom ini dia menerima sekiranya terdapat penonton yang membandingkan dengan 7 Hari Mencintaiku
"Alhamdullillah sejak episod pertama dah trending. Saya harap pengikut drama suka dengan jalan cerita musim kedua.
"Susah nak halang peminat dari membandingkan dengan cerita musim pertama kerana mereka akan. Saya hanya berharap mereka akan menyukai musim ini," katanya lagi.
Selain Saleha dan Shukri, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Zulaikha Yusof
Tue Jul 07 2020
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.