Salina Saibi Panik Bapa Pengsan Dalam Tandas Pusat Membeli Belah

Kamaruddin Razal
Jun 7, 2017 02:24 MYT
Pelakon Salina Saibi panik apabila bapanya tiba-tiba rebah selepas pitam ketika berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Selangor.
Salina Saibi menerusi laman Instagram (IG) memberitahu bapanya segera di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Pelakon Gerak Khas itu yang memuat naik foto bapanya terlantar di hospital, berharap agar bapanya cepat sembuh.
Entri terbaru Salina selepas itu memberitahu ramai sahabat handai dan keluarga melawat bapanya di hospital.
Rata-rata peminat mendoakan bapanya segera sembuh seperti sedia kala.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Pelakon #Gerak Khas #Salina Saibi