Siapa tak mahu berumah tangga? Sama juga artis Bollywood yang adakalanya liat bertemu jodoh.
Seiring perubahan masa, ada yang menunggu waktu yang sesuai sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Berikut merupakan senarai artis Bollywood yang masih belum lagi berkahwin dan stay single sampai sekarang. Take a look!
#1 Salman Khan
Pesohor Bollywood Salman Khan antara aktor bujang yang masih belum nampak hala tujunya untuk berkahwin sehingga kini.
Suatu ketika, Salman, 56, pernah berpacaran dengan Aishwarya Rai dan Katrina Kaif serta pelakon dari Pakistan, Somy Ali.
#2 Sushmita Sen
Ratu cantik Bollywood, Sushmita Sen gembira dengan kehidupan kembali single selepas putus dengan kekasihnya, Rohman Shawl, hujung tahun 2021.
Fokus Sushmita sekarang untuk membesarkan kedua-dua anak angkatnya, Renee dan Alisah dengan penuh kasih sayang.
#3 Lata Mangeshkar
Penyanyi playback popular India, mendiang Lata Mangeshkar hilang bapanya ketika masih kecil dan mengambil tanggungjawab menyara keluarganya.
Menerusi temubual terdahulu, Mangeshkar memberitahu tugas menyara keluarganya itu membuatkannya lupa untuk memikirkan soal perkahwinan.
Mangheskar meninggal dunia pada 6 Februari lalu selepas 27 hari bertarung dengan virus COVID-19.
#4 Randeep Hooda
Pelakon kacak ini pernah berpacaran dengan Sushmita Sen dan Neetu Chandra sebelum ini namun masih lagi belum berkahwin hingga kini.
Randeep, 45, pernah berkata dia masih belum boleh membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
#5 Ameesha Patel
Bintang filem Kaho Naa Pyar Hai itu memilih untuk hidup solo hingga kini.
Dalam satu temubual, Ameesha, 45, berseloroh menyuruh orang ramai mencarikannya lelaki untuk mengahwininya.
Untuk rekod, Ameesha pernah dikatakan menjalin hubungan dengan produser filem Vikram Bhatt sekitar 1999 dan usahawan Kanav Puri pada 2008.
#6 Tabu
Bintang filem Taal, Tabu, 51, juga antara aktres jelita yang masih belum berkahwin.
Dalam satu temubual, Tabu memberikan alasan kenapa dia masih belum terbuka hati untuk berkahwin.
"Saya membesar bersama Ajay Devgan dan sepupu saya Sameer. Ketika kecil mereka akan mengintip saya dan akan memukul mana-mana budak lelaki yang cuba bercakap dengan saya. Sebab itulah saya masih single," katanya.
Amri Hassan
Mon Feb 14 2022


Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!

Kahar, Kapla High Council Koyak! | Lawak Atau Koyak S2
Koyak jugak akhirnya Kahar Kapla #HighCouncil dengan wartawan tiga suku ni. Dah rangkul tengkuk, sikit lagi kena debik. #LawakAtauKoyak Saksikan High Council setiap Sabtu di Astro On Demand dan Astro Go. Anda juga boleh saksikan di Astro Ria, setiap Isnin jam 9 malam. @amir.ahnaff #ProjekHighCouncil #HighCouncil #AstroOriginals Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838