Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

Maliah Surip
06/09/2024 11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.

Patah dua tulang rusuk


Pendedahan tersebut dibuat kepada sekumpulan paparazi sewaktu Salman hadir ke acara Bigg Boss.

“Hati-hati, dua tulang rusuk saya patah,” katanya seperti dilaporkan Hindustan Times.


Salman berkata demikian sewaktu menuju kenderaan yang menantinya. Dengan sopan dia meminta kumpulan paparazi agar menjaga jarak sebelum memberitahu mengalami kecederaan patah pada tulang rusuk.

ARTIKEL BERKAITAN:Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan

ARTIKEL BERKAITAN:Salman Khan Sempoi Pakai Kasut Koyak Datang Malam Gala Filem, Peminat Puji Humblenya!

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Bakar Mercun Dalam Pawagam Teruja Tonton Filem Baru Salman Khan

ARTIKEL BERKAITAN:Salman Khan Selar Konten S*ks & Ghairah Bollywood: “Jangan Melampau, Ini India”

ARTIKEL BERKAITAN:Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan

Sukar untuk duduk dan berdiri


Pengakuan tersebut dibuat selepas aktor tersebut dilihat mengalami kesukaran duduk dan berdiri serta kurang selesa sewaktu menghadiri majlis bersama kanak-kanak.

Meski berada dalam keadaan sakit, Salman berusaha tampil sebaiknya tanpa membatalkan kehadirannya.

Sebaik video dan pengakuan dirinya cedera tersebar di internet, Salman dibanjiri dengan ucapan dan doa supaya cepat sembuh.
#Bollywood #Salman Khan #Cedera #Tulang Rusuk #Patah
;