Berita
Saluran YouTube Sugu Pavithra Kosong! Tiada Lagi Video Masakan
Selepas terpalit dengan kontroversi dirinya dikasari suami, YouTuber masakan popular, S. Pavithra dipercayai bertindak mamadam kesemua kandungan dalam saluran YouTube Sugu Pavithra miliknya.
Saluran Youtube yang mempunyai lebih 786,000 subscribers itu kini tinggal hanya paparan kosong tanpa sebarang video masakan.
Apa yang tinggal hanyalah sekeping foto perkahwinan yang masih diletakkan sebagai gambar profil di saluran Youtube tersebut.
Situasi itu sekali gus menimbulkan tanda tanya apakah yang sebenarnya yang terjadi kepada pasangan tersebut sehingga bertindak sedemikian rupa.
Rata-rata meluahkan rasa sedih apabila berkemungkinan tidak dapat lagi menyaksikan gelagat pasangan suami isteri tersebut memasak.
"Saya seronok menonton Sugu Pavithra punya video masak-masak dan memang ada niat nak cuba masak beriani resepi dia, tahu-tahu saluran YouTube dah tak ada videonya," tulis @ilyliaazr di Twitter.
"Aaah, tak sempat lagi nak cuba resepi kari Sugu Pavithra," komen @iffahfarzana98
"Saluran Sugu Pavithra dah kosong. Adakah mereka dah putus asa? Atau privatekan buat masa ini? Kasihan," tulis @zoolligakampung.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, pasangan tersebut terpalit dengan kontroversi apabila Pavithra dikatakan dikasari suaminya, M. Sugu dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu majlis pengiktirafan yang diterima oleh Pavithra pada Isnin lalu.
M. Sugu kemudian turut berdepan satu pertuduhan di mahkamah berikutan memiliki senjata berbahaya.
Ekoran insiden itu, Pavithra kemudian memaklumkan bahawa dia mahu menjalani kehidupan normal seperti insan biasa tanpa sebarang populariti.
Bahkan, dia juga bertindak menolak sebarang bentuk pengiktirafan yang mahu diberikan kepadanya termasuklah ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan Majlis Bandaraya Ipoh baru-baru ini.
Pavithra mula bergiat aktif dalam penghasilan video di YouTube pada awal tahun.
Video masakannya yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.