Sejak teaser filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ditayangkan, rakan-rakan industri juga tidak ketinggalan memberikan sokongan termasuklah orang kuat produk animasi popular Boboiboy, Nizam Abdul Razak.

Nizam yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA) berkongsi satu fakta menarik tentang persamaan Boboiboy dan juga Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Bagi yang belum mengetahui, Boboiboy dan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ‘dilahirkan’ pada bulan sama tetapi tahun yang berbeza iaitu 3 Mac.

“Mari support Amen Khalid, anak arwah Mamat Khalid dalam Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di Astro First.

“Tarikh tayangan filem Amen ialah 3 Mac 2022, sama dengan tarikh tayangan BoBoiBoy Movie yang pertama pada 3 Mac 2016,” kongsinya.


Terharu dengan sokongan yang diberikan, Amen Khalid yang merupakan penyambung legasi karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid juga mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih tuan,” tulisnya di ruangan komen posting Nizam.


Selain Nizam, rakan industri lain yang turut memberikan sokongan antaranya Datuk Afdlin Shauki, Pekin dan juga pengarah, Razaisyam Rashid.

BACA: Karya Terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Disempurnakan Amen Khaled

Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).