Penyanyi Bumiputra Rockers, Joe atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi patah empat tulang rusuk akibat kemalangan jalan raya pada Khamis.

Kemalangan itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah stesen minyak berdekatan MRR2, Ampang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook miliknya.

"Aku baru sahaja accident, depan Shell MRR2. Motor patah depan. Kini dalam kesakitan. Seandainya aku mati dulu, ampunkan segala dosaku.

"Harap maaf, ramai nak datang melawat. Tapi aku dalam keadaan tak selesa, bagilah aku sedikit ruang. Tidur pun tak cukup ni. Menahan sakit.

"X-ray tunjuk 4 batang tulang rusuk aku patah. Sama macam arwah Saleem. Sakit yang amat bila batuk, bersin, menguap dan ketawa," tulis Joe.


Mendapat tahu perkhabaran duka itu, peminat mendoakan agar penyanyi berusia 56 tahun itu segera pulih.