gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Guna Kabel! Anak Nabil Ahmad Nayla Mikayla Lepas Ujibakat Pengacara The Chosen One XTRA - "Saya Simpati Juga Lihat ..."
HIBURAN
Anak Berjaya ‘Terjun’ Dari Tempat Tinggi, Hairul Azreen Janji Hadiah Lumayan - “Daddy Belikan Nintendo Switch 2”
HIBURAN
Pendakwah Selebriti Amang Seksual Remaja Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa - Polis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tarik Laporan Kes Antara Syarat Lafaz Cerai, Zahnita Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’ - “Saya Tak Sangka Sebenarnya Dia…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
07/01/2025
14:29 MYT
Sponsor Banner
Tarik Laporan Kes Antara Syarat Lafaz Cerai, Zahnita Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’ - “Saya Tak Sangka Sebenarnya Dia…”
Pelakon Zahnita tampil membalas kenyataan suaminya, Abdul Zackery, yang mendakwa dirinya sebagai mangsa sebenar keganasan rumah tangga mereka.
Enggan memberikan sebarang komen berkenaan kenyataan tersebut, Zahnita bagaimanpun berasa terkejut dengan dakwaan yang dibuat suaminya itu.
Zahnita berjaya jika suaminya mahu terus mempertahankan kenyataan itu, dia juga akan tetap berjuang untuk menegakkan haknya.
“Maaf saya tidak mahu ulas apa apa tentang kenyataan tersebut.
“Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ni?
“Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada masa yang sama, pelakon itu turut memberitahu dakwaan yang dilemparkan itu disebabkan dia enggan menarik semula laporan yang dibuat terhadap suaminya.
Oleh sebab itu, suaminya mencuba untuk memposisikan dirinya sebagai mangsa keadaan dalam kes tersebut.
“Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik kes terhadap dia.
“Semalam telah berlangsungnya kes mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan kes.
“Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen dia untuk menunjukkan diri dia tidak bersalah”, jelasnya.
Sekadar info, suami Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse, membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan menafikan tuduhan memukul Zahnita.
Dia mendakwa hanya mempertahankan diri daripada perlakuan Zahnita yang pernah belajar Muay Thai. Zackery juga mendakwa Zahnita sering meminta cerai sepanjang 20 tahun perkahwinan mereka.

BERITA TRENDING: “Syabas Untuk Pereka Grafik” - Netizen Teruja Dengan Rekaan Baharu Logo Tahun Melawat Malaysia 2026

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Konsisten Top 3, Peminat Tanya Bila Dadali Dyrga Nak Dapat #1, Ini Respons Tuan Badan - "Semua Orang Ada Guru Vokal, Tapi Saya ..."

BERITA TRENDING: "Saya Mengaku Pernah Buat Hubungan S*ks Dengan 9 Kawan Lelaki" - Marsya

BERITA TRENDING: “Dia Cuba Muay Thaikan Saya” - Plot Twist? Suami Zahnita Wilson Dedah Jadi Mangsa Ganas Isteri Selama 20 Tahun

Topic Berkaitan
#cerai
#Suami
#Zahnita Wilson
#Laporan
#Kes
#Play Victim
#Lafaz
#Abdul Zackery
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement