Pelakon Didie Alias menziarahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang kelihatan terlantar sakit dan uzur di rumahnya.

Didie meminta semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar Ayah.

“Ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah urusan ayahanda kami Abu Bakar.

“Sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya,” katanya.

Didie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman videonya yang mencium dahi pelakon tersebut ketika melawat di kediamannya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib pelakon veteran itu.

Malah ramai yang mendoakan kesihatannya meskipun tidak mengetahui punca beliau jatuh sakit.

Abu Bakar merupakan pelakon veteran yang popular menerusi drama-drama Melayu sejak 90-an.

View this post on Instagram

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami @abubakarjuah Sesama kite sedekahkan Alfatihah buat Ayah ye...

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on