Berita
Saman Tertunggak Warga Singapura Di Malaysia Berjumlah RM3.5 Juta
Pemandu kenderaan Singapura merupakan majoriti pesalah trafik asing di Malaysia dengan denda trafik tertunggak berjumlah anggaran RM3.5 juta.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, Sejak 1990 hingga Jun 2024, terdapat hampir 41 juta saman trafik tertunggak, dengan anggaran nilai RM4 bilion.
Saman
Daripada jumlah tersebut, 51,128 saman, berjumlah sekitar RM5.1 juta (S$1.5 juta), melibatkan pemandu dari negara luar seperti Singapura, Brunei dan Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Rashid, Ibu Kembali Berbaik - "Iktibarnya, Kita Kena Sentiasa Bersabar Dengan Keluarga"
ARTIKEL BERKAITAN: "Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mohd Yusri Hassan Basri berkata, notis akan dikeluarkan kepada pesalah trafik untuk memaklumkan denda tertunggak mereka, kata.
Denda yang tidak dibayar melibatkan enam kesalahan utama:
- Melanggar lampu merah
- Memandu di lorong kecemasan
- Memotong di garisan berkembar
- Menggunakan peranti komunikasi atau telefon semasa memandu
- Memotong barisan
- Memandu laju
Pemandu yang tidak membayar denda boleh disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!
JSPT juga dilaporkan merancang untuk mempergiatkan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pesalah trafik asing apabila mereka masuk atau keluar dari Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia, Mothership
Must-Watch Video