Hiburan

"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
Ainun
10/08/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama
Selepas lima tahun berkahwin, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan isteri, Nurul Ain bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi.
Dedah Nurul Ain, Sufi menjadi insan paling gembira selepas mendapat berita bahawa dia sedang hamil anak pertamanya.
"Allah telah memberi rezeki ini ketika kami sudah betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.

“Lebih istimewa ini adalah bayi dari London ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu saya beritahu Ain saya sudah bersedia,” katanya pada Gempak ketika Majlis Gender Reveal #BabybySAH di Zebra Square KL pada Sabtu.

Ain turut berkongsi kegembiraannya, teruja dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Syukur sangat dan betullah kata orang anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.

“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya Sufi dan dia juga cranky sebaik saya hamil.

“Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya.

BERITA TRENDING: "Ada Kata Saya Tak Boleh Pergi Jauh" - Yunadia Cipta Lagu Sendiri, Alicia Keys & Beyonce Jadi Inspirasi!

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Dibatalkan Penyertaan Dalam Pusingan Pertama

BERITA TRENDING: M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

BERITA TRENDING: Penyanyi Kacak Dari Brunei, Rizal Rasid Tampil Dengan Lagu Rancak, Cerita Tentang Tarikh Luput Dalam Relationship

Sekadar info, Juara Akedemi Fantasia 2015, Sufi dan Ain mendirikan rumahtangga pada 21 September 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live