Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sambung Prosiding Mahkamah Esok, Puteri Sarah; "Saya Nak Move On, Lepas Ni Akan Sibuk ..."

Izwan Isa
24/05/2023 09:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah enggan memberikan komen mengenai polemik rumah tangganya bersama Syamsul Yusof dan menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah.



Sarah berkata, dia ingin menutup buka lama dan melupakan segala isu yang melibatkan rumah tangganya dan dalam masa sama mahu memulakan fasa hidup baharu.

“Saya harapkan yang terbaik sahaja. Setiap kali ada sesi di mahkamah saya akan harap yang terbaik.

“Sejujurnya saya dah tak mahu komen lagi pasal ni. Hari tu saya sudah komen mengenai hal ini dan sekarang saya mahu move on. Banyak benda yang saya nak lakukan dalam hidup,” katanya kepada Gempak.

Sarah ditemui pada sidang media drama Hijrah Jannah di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur petang tadi.

Mengulas mengenai perbicaraan esok, Sarah menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.

“Segalanya saya serahkan kepada mahkamah. Lagipun esok selepas sesi, saya akan terbang ke Jakarta selama seminggu atas urusan kerja.

“Selepas ini saya akan sibuk… tambahan pula saya akan menyambung penggambaran drama Hijrah Jannah pada bulan Ogos,” katanya.

Kemelut rumah tangga pelakon ini masih lagi belum selesai apabila Syamsul tidak bersetuju melafazkan cerai kepada Sarah.

Sarah sebelum itu memfailkan cerai pada Mac 2023.
#pelakon #Viral #Syamsul Yusof #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #JKP #Hijrah Jannah
;