Hiburan
Sambut Birthday ke 25, Jennie Blackpink Buka Saluran YouTube 'Belanja' Aktiviti Basuh Baju
Jennie Blackpink baru meraikan ulang tahun ke 25nya pada 16 Januari 2021.
Sebagai hadiah untuk diri sendiri dan peminat, pemilik nama sebenar Jennie Kim ini membuka saluran YouTube rasmi miliknya yang diberi nama Jennierubyjane Official.
Kini dalam tempoh tidak sampai tiga hari, bintang Korea Selatan itu telah memiliki lebih 1.68 juta subcribers. Di Korea, tak banyak artis yang memiliki saluran YouTube, lantas tindakan Jennie mendekatkan dirinya kepada peminat dengan berkongsi aktiviti hariannya di saluran rasmi sangat mengujakan.
Video pertama yang dikemas kini oleh Jennis diberi nama Hello World. Dalam video tersebut, Jennie lihat merakamkan aktivitinya sendiri di hadapan kamera termasuk bermain dengan anjing kesayangannya, Kuma, melukis dan membasuh baju.
Perempuan cantik ini juga sempat 'belanja' peminatnya apabila menyanyikan semula lagu milik Mandy Moore When Will My Life Begin? yang diambil dari filem Tangled.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kariernya selama ini selain berjanji akan mengemas kini lebih banyak video pada masa akan datang.
Terdahulu, Jennie mencetak rekod peribadi apabila singlenya yang berjudul SOLO telah ditonton lebih 600 juta kali, menjadikan dia sebagai penyanyi Korea wanita pertama yang memperoleh angka tersebut.
Kredit Foto: Soompi, HelloKpop
Must-Watch Video