Hiburan
Sambut Hari Jadi Ratu, Que Haidar Make Up Anaknya Jadi Duyung
Pelakon Que Haidar sanggup menjadi mak andam semata-mata untuk menunaikan permintaan anaknya, Ratu menjadi seekor duyung.
Difahamkan dua orang anak perempuannya itu baru saja menyambut majlis hari jadi yang bertemakan Little Mermaid baru-baru ini.
Menerusi satu foto yang dimuatnaik oleh isterinya, Linda Jasmine dengan kapsyen “Ratu's mermaid make up. Daddy buat?#mermaid #makeup #girlsjustwannahavefun #tengkuratu” menunjukkan wajah anaknya itu telah disolekkan sendiri oleh Que.
Foto tersebut telah mendapat pujian oleh pengikut Instagram (IG) Linda yang secara keseluruhannya memuji solekan Que terhadap anaknya.
Tidak kurang juga ada yang mengusik dan memberikan cadangan supaya Que menjadi jurusolek peribadi isterinya.
Selain solekan, kostum yang dipakai oleh Ratu dan Cleo menyebabkan dua anak perempuannya itu kelihatan sangat comel.
Lebih-lebih lagi ketika mereka berdua berenang di dalam kolam dan beraksi seakan-akan seekor duyung.
Dalam pada itu, Linda yang juga merupakan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia, turut berkongsi beberapa foto menarik sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video