Pempengaruh dan youtuber sensasi Atta Halilintar berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cahaya mata sulung bersama isteri yang merupakan anak kepada Kris Dayanti, Aurel Hermansyah.

Dalam pada itu, Atta dipercayai sudah menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulung mereka.

Memetik laporan Kompas, Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga isteri tersayang, Aurel Hermansyah.

Difahamkan kedua-dua belah keluarga turut menemani pasangan itu sepanjang proses kelahiran berlangsung.

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)


Doktor yang menjaya Aurel yang dikenali sebagai Dr Puspa membawa pasangan tersebut melawat ruangan yang sudah ditempah untuk kegunaan mereka kelak bermula dari bilik pembedahan, ruang sterilisasi anak serta bilik penginapan.

“Satu tingkat atau satu wing ini ditempah oleh Baby A,” ujar Dr. Puspa di dalam video Youtube Atta yang baru dimuat naik semalam.

“Jadi perkiraanya nanti, satu bilik ini dua orang, di sini nanti bilik Mimi keluarga The Lemos, di sini keluarga The Hermansyah dan di sini pula keluarga AH dan satu lagi untuk The Atta,” ujarnya ketika menunjukkan satu persatu bilik yang sudah ditempah.

Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya mempertahankan tindakan Atta menyewa satu tingkat hospital untuk keselesaan isterinya.

Antara beberapa selebriti yang pernah melakukan perkara yang sama adalah Beyonce, keluarga diraja England dan ramai lagi.

Pada Ogos 2021, Aurel mengumumkan dirinya hamil setelah kandungannya melepasi trimester pertama.

Terdahulu, pada Mei tahun lalu Aurel yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang Hermansyah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan teruk.

Sekadar info, Aurel, 24, dan Atta, 28, diijabkabul di Hotel Raffles Jakarta pada 3 April lalu.