Sambut Parti Bujang, Peminat Tak Jemu Mia Ahmad Muatnaik Banyak Foto Di Instagram

Mya Amri
Disember 5, 2016 06:41 MYT
Pelakon Mia Ahmad dilihat telah berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut parti bujang atau bachelorette party bersama kawan-kawannya baru-baru ini.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Mia telah diraikan oleh rakan-rakannya pada sebuah majlis tertutup.
Menerusi ruangan komen di IG miliknya, peminat Mia dilihat tidak kisah dia memuatnaik banyak gambar ketika sedang menyambut parti tersebut.
Mereka kebanyakannya memuji kecantikan pelakon tersebut malah ada yang mengaitkan ia dengan seri pengantin Mia.
Terdahulu, Mia Ahmad telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari tahun depan.
Majlis akad nikah Mia Ahmad, 28, dan bakal suaminya Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, akan diadakan di Villa Sentosa, Taiping, Perak.
Mengulas mengenai majlis perkahwinannya, Mia memberitahu sebanyak 80 peratus persiapan telah dilakukan.
Mia yang mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan, mula berkenalan dengan Izham apabila jejaka itu sering menegurnya di laman sosial Twitter.
Teks oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon