Isnin lalu kerajaan secara mengejut mengumumkan perlaksanaan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes setakat 10 Mei lalu.

Semalam, SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Berikut merupakan 11 SOP yang anda patut tahu.

  1. SOLAT SUNAT AIDILFITRI- Solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid DIBENARKAN, jemaah tidak lebih 50 orang bagi masjid/surau berkapasiti 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid/surau kurang 1,000 jemaah

  2. ZIARAH RUMAH, KUBUR- Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri TIDAK DIBENARKAN

  3. RENTAS NEGERI- LARANGAN rentas daerah dan negeri KECUALI kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh

  4. HIMPUNAN SOSIAL- Kenduri-kendara, perkahwinan, persidangan dan mesyuarat TIDAK DIBENARKAN, majlis akad nikah DIBENARKAN tertakluk kepada SOP penguat kuasa agama negeri

  5. SUKAN - MELARANG semua aktiviti sukan dan rekreasi KECUALI sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman yang mengamalkan penjarakan fizikal

  6. INSTITUSI PENDIDIKAN- Semua institusi pendidikan ditutup KECUALI calon peperiksaan antarabangsa TETAPI tabika, taska dan tadika DIBENARKAN beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan

  7. PENUMPANG KENDERAAN -Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu

  8. MAKAN DI RESTORAN- Menjamu selera di restoran dan kedai makan TIDAK DIBENARKAN namun penjualan makanan secara pandu lalu dan bungkus DIBENARKAN

  9. BDR- Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa

  10. RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM- Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan DIPERKETATKAN, SOP ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan

  11. EKONOMI- Semua sektor ekonomi DIBENARKAN beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP

Anda juga boleh muat turun SOP menyeluruh di sini, https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2021/05/SOP-AM-PKP-Seluruh-Negara-Kemaskini-11-Mei-2021.pdf