Penyanyi Datin Seri Heliza Helmi dan pasangan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman meraikan majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki dengan tema Bollywood.

Bertempat di Hotel The Light, Seberang Prai, Pulang Pinang, majlis tersebut menyaksikan pasangan mempelai cukup sopan mengenakan persalinan berona merah terang.

Menerusi platform TikTok, pereka baju perkahwinan Heliza, Eja Shahril berkongsi momen-momen sewaktu persiapan pengantin serta sekitar majlis untuk tatapan umum.

A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril)

A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril)



Menerusi perkongsian itu lagi, pasangan tersebut turut diringi dengan alunan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad ketima diarak memasuki majlis yang dihadiri kenalan serta ahli keluarga terdekat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap penganjuran majlis bertandang pihak lelaki itu kerana ia dikatakan tidak berlebih-lebihan.

Malah, penampilan pandangan yang sama-sama naik seri itu juga membuatkan ramai terpesona.

@????????? :Cantiknyaaaa heliza naik seri betul bila pakai warna maroon.”

@Suraya Abdullah:Ada ja baju tema Bollywood yang cantik dan sopan. Congrats @ejashahril_malaysia,”

@Aziera88:Tudia... Mamu Penang mai dahhh. Hat nie baru kena.”

@Are-liyl90:Buat la majlis banyak-banyak, nanti PKP dah susah.”

@pink pink:Moga kekal sampai jannah Amin, suka tengok mereka bersama. Allah jagai mereka Aamiin.”

@hanimsaniza:Cantiknya… manis sangat pakai sari merah camni.”

@it:Ada janggut pon segak.. kalau buang, macam hero hindustan laa cerita dia.”

@Cik Lyinnn :Semoga sentiasa mendapat rahmat Allah senyuman yang sangat indah. Alhamdulilah Subahanallah Allahuakhbar tabarakallah

@Farah Senin:Cantiknya Heliza.. Manis sangat muka dia.. Sejuk je tengok.”

Sekadar info, Heliza, 36, kini bergelar isteri kepada Mahadi dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.