Laman Utama

Sambut Ulang Tahun Ke-49, Rizalman Ibrahim Lancar Yayasan RI & Pusat Pengajian Al-Quran Secara Percuma

Azwa Rahman
29/10/2020
03:04 MYT
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim telah melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim atau Yayasan RI yang terdiri daripada bantuan dana dan pusat pengajian Islam.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman telah bersiaran secara langsung bagi melancarkan yayasan miliknya itu secara maya.
Lebih istimewa apabila pelancaran itu diadakan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada Rabu, 28 Oktober.
“Seperti mana yang dijanjikan, panjang lagi umur saya hari ini nak buat siaran langsung yang saya dedikasikan untuk saya melancarkan Yayasan Rizalman Ibrahim ataupun Yayasan RI.

@yayasan_ri

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

“Kita ada masa untuk lancarkan yayasan ini secara virtual sebab sepatutnya pada waktu ini saya dan seluruh team saya berada di Pasir Gudang, Johor tetapi malangnya kekangan COVID-19 dan pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan, kita tak boleh nak rentas negeri.
“Esok juga (hari ini) adalah sambutan Maulidur Rasul jadi sedang elok kenapa tarikh tahun ini amat bermakna kerana hari ini adalah hari kelahiran saya dan esok adalah ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
"Maka dengan santunan Allah SWT memberikan peluang dan juga rezeki yang sangat mencurah, kelapangan kesihatan dan usaha kami dipermudahkan untuk melancarkan tempat pertama Yayasan RI isitu Pusat Pengajian Al-Qari,” tutur Rizalman menerusi siaran langsung pelancaran yayasan miliknya.
Difahamkan penububan Pusat Pengajian Al-Qari yang pertama di bawah Yayasan RI ini adalah untuk menawarkan kelas bimbingan Al-Quran secara percuma kepada golongan dewasa.
Hasil kutipan sumbangan daripada Yayasan RI juga akan membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan ilmu untuk sama-sama mendapat manfaat.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan penghargaan dan ucapan tahniah di atas penububan yayasan ini.
Malah, ramai juga yang turut meninggalkan ucapan selamat ulang tahun serta pujian di atas usaha murni pereka fesyen ini.
“Assalamualaikum, salam ulang tahun datuk semoga hari lahir tahun ini lebih bermakna sebab esok Maulidur Rasul. Sihat dan terus beri inspirasi kepada semua terutamanya selalu mengingatkan kami ke arah kebaikan. Tahniah untuk Yayasan RI, alhamdulillah,” ucap pereka fesyen Hatta Dolmat.
“Handsome datuk dengan rambut baru. Semoga diberikan kebaikan dunia dan akhirat untuk datuk,” puji seorang wargamaya.
“Tahniah TokRi. Semoga dilimpahi rezeki yang berkat dan dipanjangkan usia dalam kebaikan. Happy birthday,” kata seorang wargamaya.
“Tahniah datuk dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga datuk diberikan kesihatan yang baik serta dirahmati dan diberkati hidup di dunia dan akhirat, amin,” tulis seorang wargamaya lagi.
Pertengahan Oktober lalu, Rizalman mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

gempak
02/06/2024
07:50 MYT
Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail berbangga dan teruja apabila mendapat kepercayaan untuk mereka busana penyanyi dan komposer tersohor Indonesia, Melly Goeslaw.
Hiburan

Selepas 17 Tahun, Ini Sebab Jovian Mandagie Hentikan Operasi Jenama Fesyen - "Saya Mula Sedar Bahawa..."

gempak
10/05/2024
04:00 MYT
Datuk Jovian Mandagie mengumumkan telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara jenama fesyennya, Jovian Mandagie dan Jovian ready-to-wear setelah 17 tahun berada dalam dunia fesyen.
Viral

Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111

gempak
04/05/2024
01:48 MYT
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Gaya Hidup

Pereka Fesyen Bianca Bella Terkesima Tengok Siti Nurhaliza Sarung Baju Rekaannya Di Konsert Mega! - "Tak Terlintas Di Fikiran ..."

gempak
15/03/2024
05:51 MYT
Tiada kata-kata mampu diungkapkan pereka fesyen muda, Amirul Safwan ketika melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyarung busana rekaannya di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Laman Utama

Pereka Fesyen Vivienne Westwood Meninggal Dunia, Ini 5 Rekaan Ikonik Yang Jadi Bualan Hangat!

gempak
30/12/2022
15:40 MYT
Pereka fesyen legenda Dame Vivienne Westwood meninggal dunia pada usia 81 tahun.