Penyanyi popular Shawn Mendes, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 hari ini.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Instagramnya, sudah tentu peminat penyanyi lagu Senorita ini mengingati tarikh hari istimewanya dengan menulis ucapan di ruangan komen.

Biarpun Shawn masih belum memuat naik sebarang perkongsian dari sambutan hari lahirnya itu di media sosial, peminat sudah membanjiri ruangan komen Instagram miliknya.

"Happy birthday to the best singer in this world.

"Happy birthday to you.

"Happy birthday Shawny Boy I love you so much," tulis peminat Shawn.



Sedikit info mengenai Shawn, pemilik nama sebenar Shawn Peter Raul Mendes ini mulai aktif di industri hiburan antarabangsa pada tahun 2013 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi kegemaran ramai ini bakal mengadakan konsert Shawn Mendes : The Tour 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2019.

Kepada anda yang telah membuat pembelian tiket, jumpa anda disana!