Penyanyi Datin Alyah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 semalam.

Sempena hari istimewa itu, Alyah menulis kata-kata penghargaan buat suami, keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenalinya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada suami, keluarga, adik beradik, saudara mara, sahabat peribadi, sahabat kerja, sahabat handai, staff, peminat dan followers dan semualah ya merangkumi segala-galanya," tulis Alyah menerusi Instagram.

Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini juga mengatakan hanya Allah SWT yang mampu membalas ucapan dan doa-doa yang dipohon sempena hari lahirnya itu.

"Ucapan dan doa dari korang semua buat saya sempena ulang tahun yang ke-40 ini, besar rahmatnya hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya," tulisnya lagi.

Dalam entri yang sama, Alyah turut berkongsi foto bersama suaminya, maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS (Tok Ram) serta beberapa ahli keluarga.

Perkongsian itu semestinya menarik perhatian para pengikut Alyah dan beberapa rakan industri seperti Nora Ariffin dan Siti Sairah yang turut meninggalkan komen.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)


Terdahulu, Alyah mendirikan rumah tangga bersama Tok Ram pada tahun 2013.

Gempak mengucapkan Happy Belated Birthday buat Datin Alyah!