Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sami Shaolin Paling Tampan Meninggal Dunia Pada Usia 21 Tahun, Warganet Turut Berduka

Gempak
19/08/2024 12:55 MYT
Sami shoalin paling tampan di China, Qiu Feng terbunuh pada usia 21 tahun selepas terlibat dalam kemalangan kereta.

Impak di kepala

Berita kematian Qiu Feng itu disahkan oleh kakaknya yang dikenali sebagai Xing.

Menurut Xing, Qiu mengalami beberapa impakan di bahagian kepalanya selepas terlibat dalam pertembungan antara teksi semasa membuat perjalanan ke satu pertunjukan amal.

Tidak dapat menerima hakikat

Ada antara pengguna internet menyatakan rasa duka dan terkejut dengan berita pemergian Qiu.

Salah seorang pengguna internet tidak dapat menerima hakikat dan menyatakan rasa sedihnya meskipun tidak mengenali rapat sami itu.

“Apabila saya mendengar berita ini, saya sangat terkejut dan terus memeriksa bagi mendapatkan mengesahkannya.

“Sehingga kini saya masih tidak dapat menerima hakikat dan pertama kali juga saya merasa sedih untuk seseorang yang tidak saya kenal secara peribadi,” kata seorang pengguna internet.

Artikel berkaitan: Bintang YouTube Motosikal Wanita Tercantik Maut Kemalangan

Artikel berkaitan: Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

Artikel berkaitan: CEO Batu Terlibat Kemalangan, Patah Gigi Hadapan Dan Terima Lebih 20 Jahitan Di Bahagian Kepala


Qiu mula meraih populartiti dalam kalangan peminatnya kerana penampilannya yang atletik dan memiliki kemahiran kung fu yang mengagumkan sehingga mendapat jolokan sami shoalin paling tampan.

Dia juga dilantik sebagai duta untuk seni bela diri tradisional sebahagian daripada promosi daripada Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan di wilayah Henan.

Sumber: South China Morning Post

#Meninggal Dunia #Qiu Feng #Sami Shaolin Tampan