Hiburan

CEO Batu Terlibat Kemalangan, Patah Gigi Hadapan Dan Terima Lebih 20 Jahitan Di Bahagian Kepala

gempak
Mya Amri
14/07/2024
07:30 MYT
Sponsor Banner
CEO Batu Terlibat Kemalangan, Patah Gigi Hadapan Dan Terima Lebih 20 Jahitan Di Bahagian Kepala
Pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai CEO Batu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani, Kedah pada awal pagi Sabtu.

Ada kenderaan tiba-tiba tukar haluan

Berita itu dimaklumkan di Platform X menerusi akaun ‘Sungai Petani’.
Hantaran itu memaparkan keadaan CEO Batu ketika menerima rawatan di sebuah hospital selepas kemalangan berlaku.
Difahamkan kemalangan itu berlaku disebabkan sebuah kenderaan menukar haluan secara tiba-tiba.
“Influencer TikTok terkenal Ceo Batu kemalangan di susur keluar Sg. Petani selatan sekitar jam 12 tengah malam ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.
“Ceo Batu kemalangan apabila ada sebuah kenderaan secara tiba-tiba menukar haluan dan melanggarnya,” maklum hantaran itu.

Cedera bahagian tangan, patah gigi hadapan, terima lebih 20 jahitan

Dalam pada itu, akaun itu juga menyatakan CEO Batu mengalami beberapa kecederaan namun keadaannya kini sudah stabil.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani, cedera di bahagian tangan, patah gigi hadapan dan menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala.

“Keadaan Ceo Batu hari ini dilaporkan stabil dan sudah mampu kembali berjalan,” coretnya.
Untuk info: CEO Baru dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi tip membina badan di akaun peribadinya, malah dia juga beberapa kali menghasilkan video bersama beberapa pempengaruh lain
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live