Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Sampai Depan Rumah Semua Anak-Anak Nak Meluru Peluk Tapi Saya Tak Bagi..." - Fazley Yaakob Sebak Kerana...

Kamaruddin Razal 24/03/2020 | 03:25 MYT
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob sebak apabila melihat anak-anak menangis kerana merindukan dirinya.
Baru sahaja sampai di Kuala Lumpur selepas berada di Singapura bagi menghabiskan baki penggambaran sebuah program masakan, Fazley menceritakan kisah sedih terbabit menerusi enteri terbaru di laman Instagram miliknya.
BACA: Fazley Yaakob Terpaksa 'Berkurung' Di Singapura, Anak-Anak Menangis Terpaksa Lama Berjauhan
"Sedih sangat. Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari Singapore.
"Sampai depan rumah semua anak-anak meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self quarantine selama 14 hari.
"Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug Didaaaa!”
"Abang-abangnya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing-masing tetap sedih," tulis Fazley.

Saya sampai KL semalam petang selepas drive seorang diri dari #Singapore. Sampai depan rumah semua anak2 meluru nak peluk tapi saya tak bagi. Saya masih kena self #Quarantine selama 14 hari. Bermakna duduk jauh dari keluarga dan bukan di rumah yang sama. @elliefazley dan @fierudzfazley masih terlalu kecil untuk faham kenapa mereka tak boleh peluk saya, mereka hanya mampu menangis dan mengungkap “Nak hug didaaaa!” Abang2nya mereka @fariedzfazley dan @fieradzfazley lebih faham sedikit walaupun masing2 tetap sedih . Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak2 yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan “sedihnya kita hanya jumpa macam ni”, adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya.. Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta. Buat anak anak dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!” ???

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Tambah pelantun lagu Cerita Asmara ini, dia juga turut menangis apabila melihat isterinya, Datin Azrene Ahmad mengalirkan air mata.
"Cuma saya sendiri bergenang juga airmata apabila melihat isteri saya @azrene_ahmad turut menangis melihatkan anak-anak yang rindukan saya, ibu saya @rsd.umi juga nyatakan "Sedihnya kita hanya jumpa macam ni".
"Adik bongsu saya @nadyaakob juga bergenang airmatanya. Allahuakbar sebak sangat rasanya.. Apakan daya, saya harus laksanakan apa yang terbaik demi keselamatan keluarga tercinta.
"Buat anak anak Dida, “Wait for me ok, I will be home in 14 more days ok! I love you all and miss all of you so very much!” tulis Fazley lagi.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini termasuklah sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat kemasukan pelawat ke negara ini.
Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes pesakit yang telah dijangkiti telah mencecah 1518 secara keseluruhan, setakat petang (23 Mac 2020).
159 dari jumlah itu telahpun pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.
Jumlah kematian pula telah mencecah 14 orang.
BACA : COVID-19: 4 Kes Kematian Dalam 24 Jam, 212 Kes Baharu
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Fazley Yaakob #COVID-19 #Kuarantin
;