Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sampai Hari Ini Saya Tak Pernah Maafkan Aiman" - Fathia Akui Simpan Dendam 9 Tahun, Tak Puas Hati Selagi Tak Minta Maaf

Gempak
14/01/2024 00:55 MYT
Pelakon Fathia Latiff menjelaskan provokasi netizen menjadi punca kepada tindakannya sejak awal minggu lalu.

BERITA TRENDING: Netizen Persoal Kewujudan Boyfriend Fathia - “Dah Tu Post Gambar Laki Orang Kenapa, Mohon Tunjuk…

Bercakap kepada BH Online, kata Fathia, dia sudah lama melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza yang sudah terlerai cinta sejak 2015.

"Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan.

"Perasaan geram dan bengang silih berganti terjah fikiran. Ya, saya hidup dalam dendam terhadap Aiman yang tak pernah berpenghujung," katanya.

BERITA TRENDING: “Bukan Nak Hancurkan Rumah Tangga Orang, Boyfriend Saya Lagi Hot Kot,” - Fathia Latiff

Namun, tambah Fathia perasaan dendam terhadap Aiman tidak pernah surut kerana pernah mempermainkan hati dan perasaannya.

"Saya saja nak usik-usik manja. Saya tak berniat nak kacau rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson.

"Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak 'triggered' dengan hantaran saya dalam Instagram.

"Ia sekadar gambar 'throwback' yang tak beri makna apa-apa buat saya.

"Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah 'move on' dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman.

"Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya.

"Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff

Bintang jelita yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, Aiman juga menjadi puncanya berdepan depresi dan kesihatan mental.

"Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya.

"Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit.

"Saya juga takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf," katanya yang kini sedang bercuti di Osaka, Jepun selama dua minggu.

Wanita kacukan Melayu, Indonesia dan Arab itu berkata, dia akan terus menganggap Aiman sebagai musuh selagi tiada kemaafan.

"Saya memang seorang pendendam. Energi dendam membuak-buak bila terima provokasi.

"Saya dah tak ingat Aiman, tetapi tiba-tiba datang rasa bengang bila kisah lama diungkit semula," katanya.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?


Sumber: BH Online
#Cinta #Aiman Hakim Ridza #Fathia Latiff #Kekasih #Zahirah Macwilson #Putus #Ariana Rose #Dendam