,
Hiburan

"Sampai Masanya Untuk Berhenti Meratapi Pemergianmu" - Sandra Datang Dalam Mimpi Ibu Selepas 40 Hari Kematian

Amri Hassan
27/10/2020
10:22 MYT
Hajat ibu kepada penyanyi Sandra Dianne, Nur Syakinah Abdullah untuk bertemu anaknya dalam mimpi akhirnya tertunai.
Kongsi Nur Syakinah, arwah anaknya itu datang dalam mimpinya sambil mengucup dan memeluknya baru-baru ini.
"Tepat 44 hari, akhirnya Kakak datang juga dalam mimpi mama.. Terima kasih nak, mama takan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.
"Ia seperti satu petanda dari kamu memberitahu bahawa kamu baik-baik saja dan inilah masanya untuk saya berhenti meratapi pemergianmu dan meneruskan hidup.
"Mama akan merinduimu sepanjang hidup. Bersemadi dengan tenang. Al-Fatihah," tulis Nur Syakinah.
Tambahnya, dia tidak akan berkongsi lagi kesedihannya di media sosial kerana bimbangkan persepsi kurang senang segelintir pihak.
"Mama tak mahu menulis panjang menumpahkan segala perasaan. Bimbang ada yg akan meluat dan menyampah menuduh mama tak habis-habis meraih simpati..
"Cukuplah mama katakan rindu mama pada kakak masih belum sirna.. Mama seolah-olah merasakan kakak ada job menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi akan balik ke rumah.
"Kadang mama melihat telefon menunggu-nunggu WhatsApp kakak masuk.. Scroll chat kita yang lama.. Dengar voice note kakak pada mama..
"Orang takan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini.. Susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak," kongsinya.
Tambah Syakinah lagi, beratnya kini turun mendadak dek tidur bertemankan air mata.
"Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52kg mendadak turun ke 46kg. Setiap malam selama 40 hari juga mama tidur bertemankan airmata.
"Tapi mama tak pernah lupa doakan kesejahterahan kakak di sana dan tak lupa juga sedekah Al fatihah untuk kakak," ceritanya.
Sandra terbabit kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 September lalu.
Sandra meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 11 September selepas enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Unitar