Bekas pelakon dan kini menjadi influencer sepenuh masa, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau lebih mesra dipanggil Anju meluahkan rasa kesal dengan kata-kata hinaan yang melibatkan anaknya.

Pelbagai cara dilakukan oleh segelintir pihak dengan mengungkit kisah lampau Anju sehinggalah membabitkan anaknya.

Sebelum ini, Anju melalui peguamnya menuntut permohonan maaf serta pampasan sebanyak RM4 juta daripada dua orang pelakon.

Baca: Jatuhkan Reputasi, Zarina Anjoulie Tuntut Pemohonan Maaf & Pampasan Sehingga $M4 Juta Terhadap 2 Pelakon Ini!

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Anju mengakui tahap kesabarannya sudah habis.

"Memang betul Anju banyak buat silap dulu. Aku kena hina, Mak Bapak aku kena hina. Sampai orang ludah kat Bapak aku cakap anak kau minah kontroversi masa dia on the way jalan pergi masjid!



"Sampai bila Aku nak tahan? Dah bertahun-tahun aku tahan caci maki orang tapi sebab aku diam, orang anggap aku loser takkan buat apa. Now this has to stop," tulis Anju.

Anju menjadi sasaran sejak dia membuat satu video yang meminta artis agar tidak membuat permintaan yang bukan-bukan kepada kerajaan.

Pada entri tersebut Anju juga memohon maaf kepada netizen atas tindakan yang diambilnya.

"Anju minta maaf ya kat semua netizen, tapi Anju harap semua orang faham Anju tak suka kalau nak berterusan macam ni.

"Tapi Anju terpaksa sejak kisah silam Anju 13 tahun lepas, hari-hari Anju kena kecam, kena caci hina. Anju diam, jadi sebab Anju diam masih semua nak buli.

"Tapi kali ini demi anak dan demi maruah, Anju harus melawan untuk menghentikan semuanya ini once and for all," terpampang kata-kata pada entri tersebut.

Memang betul Anju banyak buat sila dulu aku kena hina Mak Bapak aku kena hina sampai org ludah kat Bapak aku cakap anak kau minah kontoverai masa dia on d way jalan pergi masjid ! Sampai bila Aku nk tahan ? Dah bertahun tahun aku taham caci maki org tapi sebab Aku diam org anggap aku loser takkan buAt apa . Now this has to stop

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on


Untuk melihat temu bual eksklusif bersama Anju secara live, jangan lupa klik gempak.com/dudukrumah dalam segmen #ArtisDudukDiam