Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sampai Tak Boleh Saya Cium” - Mayat Anak Ditemui Membengkak, Kemaluan Pecah… Ibu Meraung Autopsi Lewat Dijalankan

Izwan Isa
24/11/2023 03:55 MYT
Pengguna media sosial sekali lagi digemparkan dengan kes kematian seorang pelajar, Aldi Sahilatua Nabahan yang dipercayai dibunuh di bilik sewanya di Badung, Bali.

Mayat pelajar itu ditemui pada Sabtu, sekitar 8.30 pagi selepas pemilik rumah sewa, Nyoman Risup Artana berasa curiga kerana bilik yang didiami Aldi dipenuhi lalat.

BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari

Pemilik rumah sewa berkenaan cuba untuk mengetuk pintu bilik, tetapi tiada jawapan. Setelah pihak berkuasa tiba di sana dan pintu dibuka oleh tukang kunci, mayat mangsa ditemui dengan keadaan terikat dengan tali.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung bersandar pada pintu bilik tidur dengan kedua-dua kaki mencecah lantai. Selain itu, hidung mangsa juga kelihatan berdarah, terdapat proses bengkak, dan kulit mangsa mengeluarkan cecair.

Berita penemuan mayat pelajar Medan yang menuntut di Bali pertama kali dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @monalisanababan_ pada Rabu. Pemilik akaun tersebut mengakui yang mangsa merupakan adiknya.

Dia dan keluarga mengesyaki bahawa adiknya telah menjadi mangsa pembunuhan selain memberitahu, kemaluan adiknya juga pecah dan berdarah. Selain itu, sikunya juga telah beralih.

BERITA TRENDING: Sumbat Mayat Anak Buah Dalam Mesin Basuh, Rupanya Bapa Saudara Peminat Kisah Pembunuh...

Keadaan mayat hanya dapat dilihat buat pertama kali ketika sudah berada dalam keranda. Keluarga mangsa berasa curiga mengenai punca kematian mangsa yang dianggap tidak wajar, memandangkan terdapat banyak luka yang mencurigakan di badannya.

Bagi menentukan punca kematian, pihak keluarga membawa mayat mangsa ke Hospital Bhayangkara di Medan untuk bedah siasat. Keluarga mengesyaki bahawa mangsa telah dibunuh dengan kejam.

Sumber: Instagram & Viva

#Bunuh #Autopsi #Mayat #Busuk
;