Hiburan

"Sandwich Ada Sos & Mayonis Saya Terus Menangis" - Fazura Kagumi Kesabaran Fattah Layan Ibu Hamil

gempak
Asraf Aided
25/08/2020
10:35 MYT
Sponsor Banner
"Sandwich Ada Sos & Mayonis Saya Terus Menangis" - Fazura Kagumi Kesabaran Fattah Layan Ibu Hamil
Aktres jelita, Nur Fazura kagum dengan kesabaran suaminya, aktor Fattah Amin dalam melayan kerenah sepanjang proses kehamilannya.
Menurut Fazura, dia berasa kasihan terhadap kesungguhan yang diberikan oleh suaminya itu.
"Saya akui dia sangat sabar melayan kerenah saya, ketika awal kehamilan saya agak cerewet mengenai soal pemakanan.
"Pernah suatu hari, dia ada membawa balik sandwich, dan saya memang tidak menggemari sos atau mayonis.
"Bagaimanapun sandwich yang dibeli mengandungi bahan tersebut dan saya terus menangis. Dia tenangkan saya, lalu sanggup keluar semula demi mendapatkan sandwich baru tanpa sos dan mayonis," katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh sebentar tadi.
Tambah Fazura, dia turut menyifatkan suaminya itu mudah mengalah apabila ada sesuatu yang membabitkan dirinya.
"Melihat kepada kesabarannya melayan saya, saya minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.
"Malah, dalam apa sahaja perkara, dia akan menangkan saya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazura baru sahaja melancarkan jenama penjagaan kulit Fazura Skincare.
Set eksklusif tersebut lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024