Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Sangat Bermakna, Hanya Dapat Sekali Seumur Hidup” – Mugen Rao, Juara Bigg Boss 3 India

Mya Amri
16/10/2019 11:03 MYT
Penyanyi dan pemenang Bigg Boss 3, Mugen Rao akui tidak dapat melupakan kenangan manis sewaktu menyertai program realiti televisyen popular negara India itu.

Berkongsi pengalamannya, Mugen berkata dia banyak menimba ilmu sepanjang berada dalam program tersebut.

"Pengalaman masa dalam Bigg Boss memang sangat mengujakan! Masih segar diingatan apabila mendapat panggilan untuk sertai program itu.

"Tidak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan ini, memang sangat gembira dan saya sendiri tak sangka sama sekali yang saya akan menjadi sebahagian daripada keluarga Bigg Boss,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah Mugen lagi, peluang yang diberikan itu sangat bermakna dan hanya datang sekali seumur hidup.

“Semasa berada dalam Bigg Boss, tidak dinafikan memang rasa sangat gementar. Lebih-lebih lagi apabila saya adalah satu-satunya orang Malaysia dalam program berkenaan.

"Namun selepas beberapa hari saya dah boleh biasakan diri dan banyak perkara yang saya pelajari sepanjang berada dalam program itu.

"Saya lebih mengenali diri saya, dapat banyak tumpukan perhatian mengenai kehidupan dan juga pemikiran saya menjadi lebih matang.

“Pengalaman yang mengagumkan seperti ini hanya akan dapat sekali sahaja seumur hidup dan saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasainya,” jelasnya.

BACA: Harumkan Nama Malaysia, Mugen Rao Raih Gelaran Juara Program Realiti TV India 'Bigg Boss'!

Terdahulu, Mugen Rao Prakash Rao mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang dan menjadi peserta Malaysia pertama menyertai program Big Boss.

Mugen mencatatkan kemenangan manis apabila meraih lebih 700 juta undian mengatasi peserta lain.
#Mugen Rao #Big Boss 3