Juara AF Megastar, Idayu mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu tema Visit Truly Asia 2020.

Menerusi entri di Instagram (IG), Idayu menjelaskan dia harus menghafal lagu tersebut kurang daripada sehari namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk menerima tawaran yang diberikan pada saat-saat akhir.

"Tanggal 16 Jun 2019, seorang insan bernama Syam Swardi yang call Idayu meminta untuk memikul tanggungjawab dalam menyanyikan sebuah lagu yang penting dan boleh dikatakan sangat mencabar.

"Abang Syam meminta saya cepat belajar lagu tersebut kerana keesokan harinya 17 Jun 2019 dah kena masuk studio untuk record vokal.

"Yes, sangat mengejut sebab tak cukup masa, memang susah sebab melodi belum sempat melekat di kepala.

"Waktu tu perasaan nak tolak saja job tu tapi bila fikirkan itu tanggungjawab dan semua pihak bersepakat untuk menggunakan khidmat Idayu. Siapalah saya untuk menolak.

"Saya cuba semampu yang boleh dan maka terhasillah Visit Truly Asia 2020 official song tahniah kepada komposer Encik Ramlan (ASWARA) untuk lagu ini, lirik oleh James P.S Boyle dan Normah Kechut dan banyak pihak lain yang terlibat dalam menjayakan lagu penting ini.

"Tidak pernah saya sangka yang saya akan diiringi satu orkestra yang cukup mantap pada hari pelancaran 6 September baru-baru ni.

"Satu pengalaman baru buat saya. Terima kasih pihak @malaysia.truly.asia kerana memilih saya sebagai penyanyi rasmi untuk tahun 2020," tulisnya.

Tanggal 16jun 2019, seorang insan bernama syam swardi yg call idayu meminta untuk memikul tanggungjawab dalam menyanyikan sebuah lagu yg penting dan boleh dikatakan sangat mencabar, dan abg syam meminta saya cepat belajar lagu tersebut kerana keesokan harinya 17jun 2019 dah kena masuk studio utk record vokal...yes , sangat mengejut sebab tak cukup masa , memang susah, sebab melodi belum sempat melekat di kepala... waktu tu perasaan nk tolak aje job tu.. tapi bila fikirkan itu tanggungjawab dan semua pihak bersepakat utk menggunakan khidmat idayu... siapa lah saya untuk menolak... saya cuba semampu yg boleh dan maka terhasil lah “VISIT TRULY ASIA 2020 official song” tahniah kepada komposer Encik Ramlan (ASWARA) utk lagu ini , lirik oleh James P.S Boyle dan Normah Kechut dan banyak pihak lain yg terlibat dalam menjayakan lagu penting ini.. tidak pernah saya sangka yg saya akn di iringi satu orkestra yg cukup mantap pada hari pelancaran 6 september baru baru ni... satu pengalaman baru buat saya... terima kasih pihak @malaysia.truly.asia kerana memilih saya sebagai penyanyi rasmi untuk tahun 2020. Terima kasih juga kepada team “rok cai” kaka2ku yg happening dan sempoi.. kepada team kesayangan @nazlivingastyle @wan_and_mary @diamaira.onn tq so much kerana bertungkus lumus berikan yg terbaik . Yg saya tak sebut namanya...u all paling the best! Allah sahaja dpt membalas budi korang . #vm2020 #vm2020officialsong #visittrulyasiamalaysia2020 #istanabudaya #idayuafmegastar #idayuwhistlers #lashesbyzz

A post shared by Idayu Af Megastar Official (@idayuofficial) on


Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata memberi semangat kepada Idayu untuk terus berkarya menghasilkan single dan mendoakan dia berjaya sebagai seorang penyanyi serta lebih dikenali.

"@adeebmajeed: Nasib baik tak jadi tolak, sangat-sangat rugi for a grand event like this. Peluang sekali dalam hidup kot. Congrats for your success sis sampai ke tahap ni. Fesyen pakaian paling vogue saya pernah lihat, beruntungnya."

"@idayuwhistlers: Tahniah our queen. You memang layak. Lagu ni memang sangat lain and fresh rasa semangat and powerful voice as always. Sesuai tahun 2020. Setelah 6 artis sebelum ni audition and diorang pilih Kak Yuyu!"

"@diamai: You memang layak. Percayalah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan."


Sebelum ini, nama Idayu pernah menyerlah dalam program Akademi Fantasia Musim Kega (AF3) hingga diberi jolokan sebagai Mariah Carey Malaysia.

Namun, sinar bintangnya semakin pudar hingga akhirnya dilupakan terus daripada industri seni tempatan.

Namanya mula menjadi sebutan semula apabila menyertai AF Megastar dan bergelar juara program tersebut.