Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan memaklumkan dia kini disahkan positif Covid-19 dan bakal menjalani kuarantin sehingga 26 Julai depan.

Berkongsi pengalamannya sebagai pesakit yang melawan virus itu, PU Abu memberitahu dia mengalami pelbagai simptom termasuk sukar untuk berjalan.

“Maka bermulalah perjalanan saya sebagai Covid-19 fighter secara rasminya setelah memakai gelang pink sehingga 26/7/2021.

“Sangat menyeksakan, tidur tak tak lena, makan tak lalu, tak boleh nak jalan sebab dia tangkap sendi, deria bau dan rasa totally hilang.

“Maaflah kalau nampak tak terurus sebab tak mampu nak urus diri sendiri dah,” katanya.

PU Abu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik videonya yang memakai gelang pink.

Tambah PU Abu lagi dia telah ditawarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital namun menolaknya.

“Pihak KKM offer untuk ke hospital tapi saya kata akan cuba untuk lawan selagi mampu.

“Mohon doa sahabat-sahabat agar saya mampu melawan wabak Covid-19 ni,moga saya dapat hidup seperti sedia kala,sihat walafiat.

“Terima kasih kepada mereka yang tak putus DM (mesej peribadi) saya. Moga Allah hindarkan kalian dan keluarga kalian dari penyakit ni,” katanya lagi.

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar)