Isteri pelakon terkenal Indonesia Baim Wong, Paula Verhoeven mendedahkan tidak membuat sebarang persiapan untuk kelahiran anak kedua mereka iaitu Kenzo Eldrago Wong.

Menurut Paula, dia tidak membeli sebarang kelengkapan baharu bayi sebaliknya hanya menggunakan barangan sedia ada yang pernah digunakan oleh anak sulungnya, Kiano Tiger Wong sebelum ini.

“Detik-detik menjelang melahirkan… Sebelum aku masuk ruangan untuk tindakan, aku sangat santai sekali menyambut kelahiran anak ke-2 ini.

“Tak ada persiapan, tak ada beli barang baru, semua warisan dari Kiano hehe… Tapi di detik-detik melahirkan ternyata tetap ada perasaan cemas, gementar dan pastinya gembira. Semua bercampur menjadi satu,” tulisnya.

A post shared by Paula Verhoeven Wong (@paula_verhoeven)


Dalam pada itu, pasangan ini juga turut mewujudkan akaun Instagram rasmi buat Kiano.

Sehingga kini, Instagram @kenzoeldragowong memiliki lebih 150,000 ribu pengikut walaupun baru mempunyai sebanyak 15 hantaran (setakat artikel ini ditulis).

A post shared by @kenzoeldragowong

BACA: Selamat Timang Anak Kedua, Baim Wong Tayang Wajah Bayi & Namakan Dengan Kenzo…

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.

Paula kemudiannya melahirkan putera keduanya seberat 3.7 kilogram di sebuah hospital di Menteng, Jakarta Sabtu lalu.