"Sanggup Mereka Yang Dera Dengar Jeritan & Tangisan Baby ..." - Idzham Ismail Bengang Dengan Kes Kematian Tragis Zara
Zulaikha Yusof
13/11/2018 08:39 MYT
13/11/2018 08:39 MYT
Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa bengang dengan kes penderaan terhadap bayi Zara yang telah mengakibatkan kematian pada Jumaat lalu.
Idzham menerusi Insta Stories akaun Instagram (IG) memuat naik luahan hati mengenai kes terbabit.
Idzham mempersoalkan perangai manusia zaman sekarang yang sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu.
Idzham mengingatkan kepada orang awam supaya tidak hanya memikirkan soal duit semata namun tanggungjawab tidak terlaksana.
Perkara terkutuk ini telah memberi kesan kepada pengasuh lain yang benar-benar ingin bekerja.
Idzham berharap supaya pihak kerajaan tidak melepaskan pesalah daripada hukuman yang sewajarnya.
Idzham beranggapan jika hukuman berat dijatuhkan, ia memberi peringatan kepada orang lain supaya lebih takut untuk melakukan perkara keji ini.
Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya sendiri.