Hiburan
Sanggup 'Terbang' Hampir 10,000KM Demi Nasi Lemak, YouTubers Ini Buat Ramai Terliur
Betapa lazatnya nasi lemak di mata dunia hingga ada pelancong yang sanggup 'terbang' dari negara mereka ke Malaysia semata-mata untuk menikmati hidangan ikonik itu.
Perkara itu dikongsi oleh seorang YouTubers dari Greece iaitu Dareen Cronian menerusi satu video di akaun YouTubenya.
Menurut Dareen, dia 'jatuh cinta' dengan hidangan nasi lemak ketika bercuti di Malaysia lima tahun lalu.
"Saya ketagih dengan nasi lemak. Ada kacang, ikan bilis, nasi yang dimasak dengan santan, telur dan sambal.
"Gabungan bahan ini menjadikan rasa nasi lemak begitu hebat," katanya.
Menurutnya, dia juga berada di Kuala Lumpur selama empat hari untuk mencari 'street food' yang lain.
"Jika anda tahu mana-mana tempat yang sedap bolehlah maklumkan kepada saya," katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji usaha YouTubers tersebut yang sanggup kembali ke Malaysia hanya kerana makanan.
Tidak kurang juga yang memberi cadangan untuk mencuba nasi lemak di beberapa lokasi.
Must-Watch Video