Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sanggup ‘Terbang’ Sekali Seminggu Untuk Kelas Berlakon, Syamim Freida Syukur Terima Tawaran Filem Produksi Indonesia - “Ini Untuk Growth Saya..”

Umirah Halim
23/09/2024 11:55 MYT
Sempena 10 tahun dalam industri seni, pelakon, Syamim Freida sanggup ‘terbang’ ke negara seberang demi menimba ilmu lakonan.

Ulang-alik seminggu sekali

Meskipun perlu berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakara setiap minggu, Syamim atau Toh Puan Syamim Mohd. Farid, 33, akui pengorbanan yang dilakukannya itu cukup berbaloi.

“Saya mahu kembangkan bakat saya sebab itu saya nak cuba benda baharu dan ini merupakan percubaan pertama saya.

“Awal tahun saya ada pergi class di Indonesia untuk belajar berlakon, saya ambil kelas bahasa dan kelas lakonan untuk menambah ilmu.

“Dah lama terfikir untuk buat cuma sebelum ini ada kekangan masa dan sebagainya cuma tahun ini saya dah fikir memang perlu luangkan masa untuk ke kelas.

“Saya ulang alik dua bulan untuk ke kelas setiap minggu saya ada kelas, semangat perlu kuat kerana penat berbaloi,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran program Tiga Is-3 di The Majapahit Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan

Dapat tawaran berlakon

Dalam pada itu, naib juara program Dewi Remaja 2014/15 itu turut meluahkan rasa syukur setelah inisiatif untuk mengambil kelas lakonan itu membuka jalannya mengembangkan karier lakonan di Indonesia.

Buktinya, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu juga memaklumkan dia telah menerima tawaran filem daripada produksi di Indonesia.

“Selepas itu ada tawaran untuk saya, bila pergi kelas jumpa dengan ramai orang dan saya juga ada pergi casting lepastu dapat job.

“Saya dah lama impikan untuk buka jalan ke sana, jadi saya memang cari sendiri kelas, kelas bahasa juga inisiatif saya untuk tanya orang di sana.

“Ini kali pertama saya berlakon dengan produksi Indonesia. Alhamdulillah saya akan ke Indonesia untuk shooting selama tiga bulan,” kongsinya lagi.

BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef

BERITA TRENDING: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen

Dalam perkembangan lain, Syamim Freida buat julung kalinya bakal bergabung bersama Adriana Adnan dan Uyaina Arshad dalam rancangan Tiga Is3 yang akan mengongsikan banyak kisah menarik terutama kisah rumah tangga dan kehidupan seharian dalam mendepani situasi semasa yang semakin mencabar.

Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga Is3 akan mula ditayangkan mulai 22 September sempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.

Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, pada jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.

#Filem #Indonesia #Berlakon #Terbang #syamim freida,