Hiburan

Kerjasama Epik: One Cent Thief 2 dan Goodday Charge Cipta Magis Baru

gempak
Asyraf Roslan
24/01/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Kerjasama Epik: One Cent Thief 2 dan Goodday Charge Cipta Magis Baru
Kejayaan besar siri Astro Originals, One Cent Thief musim pertama telah membuka peluang untuk kerjasama strategik pemasaran antara penerbit siri premium ini iaitu Astro Shaw bersama jenama Goodday bagi memperkukuhkan lagi pemasaran kandungan ini yang bukan sahaja untuk hiburan malah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan mereka sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw dalam menyokong pemasaran drama siri yang berkualiti tinggi.
“Kami berbangga dapat menyokong produksi tempatan, dan keupayaan Astro Shaw untuk menghasilkan kandungan bertaraf dunia menjadikan mereka rakan kerjasama yang luar biasa. Dengan kejayaan besar One Cent Thief, Musim 2 yang dinanti-nantikan ini adalah peluang sempurna untuk menyelaraskan nilai jenama kami dengan naratif yang kuat.
“Bersama pasukan produksi, kami secara kreatif telah mengintegrasikan mesej Goodday Charge tentang tenaga berpanjangan ke dalam jalan cerita, menjadikan kolaborasi ini benar-benar dekat di hati rakyat Malaysia.” katanya.
Pada masa sama, Amy turut menekankan bahawa kerjasama ini bukan hanya sekadar promosi produk malah ia adalah bagaimana Goodday Charge menghidupkan tema "Take Charge of Your Story" melalui mesej yang disampaikan dalam siri ini.
Dengan tema ini Goodday Charge mahu menggalakkan individu untuk mengambil alih kawalan hidup mereka dengan keyakinan dan tenaga yang berpanjangan.
“Tema ‘Take Charge of Your Story’ amat bertepatan dengan nilai Goodday Charge kerana jenama kami menggalakkan individu untuk mengawal kehidupan mereka dengan penuh tenaga dan keyakinan.
“Seperti mana watak-watak dalam One Cent Thief yang berdepan cabaran secara berani dan menentukan masa depan mereka, Goodday Charge membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia untuk mengatasi rintangan. Produk kami diperkaya dengan Vitamin B3 yang menyokong metabolisme tenaga, memberikan kekuatan untuk membuat pilihan yang berani dan bermakna, selaras dengan naratif inspirasi siri ini.
“Melalui mesej ini, Goodday Charge tidak hanya mempromosikan produknya sebagai minuman tenaga, tetapi juga sebagai simbol sokongan untuk rakyat Malaysia yang berani menghadapi cabaran dan menentukan masa depan mereka,” tambahnya.
Apa yang menjadikan kolaborasi ini lebih istimewa ialah usaha untuk menghubungkan jenama dengan penonton secara lebih mendalam. Selain integrasi mesej dengan jalan cerita, Goodday Charge juga terlibat dalam aktiviti promosi di luar skrin.
Aktiviti seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap siri "One Cent Thief" tetapi juga mencipta hubungan emosi antara jenama dan penonton.
Dengan memanfaatkan keupayaan Astro Shaw sebagai peneraju kandungan bertaraf dunia, Goodday Charge berjaya mewujudkan sinergi yang sempurna antara penceritaan inspirasi dan promosi produk.
Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘One Cent Thief’ musim kedua akan mula bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Cita (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.
Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X menerusi tanda pagar #OneCentThief2 dan #AstroOriginals.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024