Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sanggupkah Bawa Penyakit Yang Mungkin Anda Kutip Di..." - Doktor Ini Mohon PM Pertimbang Keputusan Ziarah 20 Orang!

Hanafis Haris
12/05/2020 09:16 MYT

Pakar Perunding Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula kebenaran untuk aktiviti ziarah dalam negeri sempena sambutan hari raya tidak lama lagi.

Cadangan berkenaan diluahkan menerusi satu posting di Twitternya, semalam.

"Saya dengan merendah diri memohon kerajaan menimbang semula saranan membenarkan kunjungan hari raya (had maksimum) seramai 20 orang.

"Untuk mengekalkan jarak sosial selamat, rumah tersebut mesti rumah yang sangat besar. Mampukah mereka mengekalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia?

"Sanggupkah anda menjadi pembawa penyakit yang mungkin anda kutip dari rumah orang lain dan jangkitkan orang yang menerima kunjungan anda," katanya.

Menurut Dr Rafidah, terdapat beberapa cadangan yang mungkin boleh diberi perhatian.

"Saya cadangkan hanya berhari raya di rumah keluarga anda sendiri.

"Paling banyak ibu bapa anda dan ibu bapa mertua, itupun jika berada di dalam negeri yang sama. Maksima 2 rumah, sekejap saja. Lepas itu, balik rumah sendiri.

"Jika rumah anda nak buka untuk ziarah, mesti ada operasi standard (SOP) sendiri. Buat saringan dipintu pagar, tanya simptom, contact dan periksa suhu badan.

"Sediakan mask dan pastikan setiap pengunjung basuh tangan dipintu masuk rumah. Jika tiada SOP ketat, baik kunci sahaja rumah," katanya.

 

 

Untuk rekod semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menjelaskan aktiviti ziarah sehingga seramai 20 orang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat.

Jelas beliau, apa yang perlu diutamakan adalah mematuhi prosedur SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"20 orang itu adalah ahli keluarga. Kalau 20 orang, contohnya anak, cucu... jumlah ahli keluarga 20 orang. Apa yang pasti, kita kena ikut SOP Kementerian Kesihatan iaitu penjarakkan sosial," katanya.

 

Sumber: Twitter, mStar

#Hari Raya #PKP #PKPB